Friday, February 17, 2012

TEMBIKAI DAN PROSES PERLANGSINGAN



Rasanya tak ramai yang tahu buah tembikai ini boleh dijadikan sebagai menu untuk kuruskan badan kerana tembikai mempunyai kandungan air yang tinggi menjadikan buah tersebut segar terutamanya pada musim panas. Paling penting, buah tembikai ini rendah nilai kalorinya. Anda akan merasa kenyang dengan memakannya.

Ada kajian menunjukkan tembikai boleh menguatkan sistem imunisasi dan membantu tubuh memerangi jangkitan selain kaya dengan sumber karotenoid yang mempunyai bahan pencegah kanser.

Sumber juga mengatakan dengan mengambil buah tembikai sebagai hidangan akan membantu mata anda lebih cerah dan jelas terutama waktu malam.

No comments:

Post a Comment